PRN Negeri Sembilan: Aminuddin sah bakal bertanding di DUN Linggi

MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun sah akan meninggalkan kerusi tradisinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat dan akan bertanding di DUN Linggi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos depan.

Pengumuman calon Pakatan Harapan (PH) itu dibuat Pengerusinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan (PH) di Dataran Melang, Kuala Pilah malam ini.

DATUK Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan di Dataran Melang, Kuala Pilah malam ini

Desas desus Pengerusi PKR Negeri Sembilan itu berpindah kerusi telah lama didengar sejak pembubaran DUN lagi.

Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana beliau merupakan Ahli Parlimen Port Dickson serta Ketua Cabang PKR Port Dickson.

Untuk rekod, Aminuddin telah berkhidmat sebagai wakil rakyat DUN Sikamat selama hampir dua dekad sejak memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) pada 2008.

Pada PRU12, beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 499 undi apabila memperoleh 6,036 undi dan pada PRU-13, beliau sekali lagi mempertahankan kerusi berkenaan dengan majoriti 510 undi selepas memperoleh 8,584 undi.

Prestasi beliau terus meningkat pada PRU-14 apabila mencatat kemenangan lebih selesa dengan majoriti 3,413 undi dalam saingan tiga penjuru menentang calon BN dan Pas selepas memperoleh 9,832 undi.

Pada PRN 2023 pula, Aminuddin berjaya mempertahankan DUN Sikamat dengan majoriti 2,662 undi selepas meraih 12,730 undi, mengatasi calon Perikatan Nasional (PN) dan dua calon Bebas.

Sementara itu, Setiausaha Politik Aminuddin iaitu Nor Azman Mohamad diumum menggantikan tempatnya di DUN Sikamat.

Berikut adalah senarai penuh calon PH untuk PRN Negeri Sembilan ke-16:

N1       Chennah – Loke Siew Fook

N2       Pertang – Mohd Umry Abdul Khois

N3       Sungai Lui – Zainal Fikri Abd Kadir

N4       Klawang – Bakri Sawir

N5       Serting – Yaacob Mahmood

N6       Palong – Muhammad Zahin Zinal Abidin

N7       Jeram Padang – Manivanan Gowin

N8       Bahau  – Teo Kok Seong

N9       Lenggeng – Hajah Zarinna Abu Zarin

N10     Nilai –  J Arul Kumar

N11     Lobak – Chew Seh Yong

N12     Temiang – Ho Weng Wah

N13     Sikamat – Nor Azman Mohamad

N14     Ampangan – Muhammmad Nazri Kassim

N15     Juasseh – Mohd Aidil Abdullah

N16     Seri Menanti – Mohd Kamarul Arifin Mohd Wafa

N17     Senaling – Mohd Hanis Mohd Alimin

N18     Pilah – Noorzunita Begum Mohd Ibrahim

N19     Johol – Mohd Zailan Mohd Munawar

N20     Labu – Ahmad Faez Abdul Razak

N21     Bukit Kepayang – Nicole Tan Lee Koon

N22     Rahang – Siau Meow Kong

N23     Mambau – Lee Kai Yet

N24     Seremban Jaya – S Mugunthan

N25     Paroi – Ahmad Shahir Mohd Shah

N26     Chembong – Danish Nazran Murad

N27     Rantau – Dr Azizul Hakim Mahdi

N28     Kota – Muhammad Allif Ibrahim

N29     Chuah –  Yew Boon Lye

N30     Lukut  – Choo Ken Hwa

N31     Bagan Pinang – Nasir Raman

N32     Linggi – Aminuddin Harun

N33     Sri Tanjung – Dr Rajasekaran a/l GunnaSekaran

N34     Gemas – Siti Aishah Seman @ Othman

N35     Gemencheh – Abd Latif A Tambi

N36     Repah – Veerapan Superamaniam

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img