Puad Zarkashi umum keluar parti, dakwa UMNO Johor ‘pak turut’

AHLI Majlis Tertinggi UMNO Dr.Puad Zarkashi yang mengumumkan keluar  parti itu serta-merta mulai  hari ini dengan mendakwa UMNO sebagai pak turut.

Dalam kenyataan melalui Facebook beliau, bekas ADUN Rengit itu berkata, alasan utama tindakan beliau itu kerana UMNO Johor tidak lagi bebas membuat keputusan. Berikut adalah kenyatan penuh beliau.

Tanpa berat hati, saya umum keluar UMNO serta merta mulai hari ini 25 Jun 2026.  Oleh itu UMNO tidak perlu bersusah payah memecat saya. Ia juga memudahkan saya berbeza pandangan tanpa dituduh menikam parti dari belakang.
Kini saya bebas mengkritik UMNO satu wadah yang saya sayangi dan hormati untuk orang Melayu dan rakyat Malaysia.
Ada yang akan menuduh saya keluar UMNO kerana kepentingan diri. Buat apa saya keluar ketika UMNO dilihat kuat sehingga mahu berlawan solo di 56 kerusi. Saya tinggalkan UMNO disaat KJ, Hishamuddin, Noh Omar kembali masuk UMNO bila melihat parti tambah kuat. Maka siapa yang ada kepentingan. Mereka atau saya?
Alasan utama saya keluar UMNO ialah, UMNO Johor tidak lagi bebas membuat keputusan. UMNO Johor dikawal oleh Istana dalam membuat keputusan.
Satu bukti jelas ialah YAB Dato Onn Hafiz sendiri buat pengakuan kepada saya semasa pertemuan di Saujana pada 21 Jun 2026 (ahad). Dia maklum kepada saya bahawa pihak Istana yang titah kepada beliau agar DUN Johor dibubar pada 1 Jun 2026.
Banyak lagi contoh contoh lain Onn Hafiz hanya pak turut. Itu menjadikan UMNO Johor boneka yang terikat. Saya perlu melakukan “keberanian politik” mendedahkan kemungkaran ini sebelum menjadi parah.
Saya sedar saya akan dikecam dan dihina. Mungkin juga keselamatan saya terancam. Tetapi berbekalkan “keberanian politik”, saya bersedia bertempur dalam apa jua keadaan.
Saya tidak mahu UMNO dipimpin oleh “Pengecut Politik” sehingga menyebabkan calon BN diketawakan sebagai kitar semula, tiada aspirasi orang muda dan “mediocre”.
Saya bertawakkal kepada Allah. Kaulah pelindung yang tidak ada tolok bandingnya.


IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img