Pusat hiburan jadi markas pertaruhan Piala Dunia 2026 diserbu

TAKTIK sebuah premis hiburan tanpa lesen dijadikan pusat panggilan mengurus pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2026 terbongkar selepas diserbu polis di Taman Wahyu, Sentul, awal pagi semalam.

Dalam operasi kira-kira jam 3.30 pagi itu, seramai 34 individu termasuk 33 warga asing ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, serbuan dijalankan Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gengsterisme, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Menurutnya, mereka yang ditahan terdiri daripada 28 warga China, tiga lelaki warga Myanmar, seorang lelaki warga Korea, seorang wanita warga Thailand serta seorang wanita tempatan berusia antara 20 hingga 40 tahun.

“Siasatan awal mendapati premis itu digunakan untuk mengurus, menganjur dan mempromosi perjudian dalam talian membabitkan pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2026 selain menjalankan kegiatan pusat hiburan tanpa lesen.

“Premis berkenaan dipercayai mula beroperasi sejak pertengahan Jun lalu dan beroperasi antara jam 5 petang hingga 3 pagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, polis turut merampas 15 telefon bimbit pelbagai jenama, dua komputer riba, wang tunai RM60 serta pelbagai peralatan muzik yang dipercayai digunakan dalam operasi premis berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) dan Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953, Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1992 serta Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img