Remaja 15 tahun didakwa buang bayi di kawasan semak

SEORANG remaja perempuan berusia 15 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Tawau hari ini atas pertuduhan meninggalkan bayi yang baru dilahirkannya di kawasan semak di Kampung Jawa Sentosa, Jalan Guru di Tawau bulan lalu.

Remaja yang tidak lagi bersekolah itu membuat pengakuan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa meninggalkan seorang bayi yang baru dilahirkannya dengan niat hendak membuang bayi berkenaan di kawasan itu kira-kira jam 4.30 pagi pada 21 Julai lalu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh yang merupakan ibu kepada bayi berkenaan.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan 7 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan dan laporan kimia tertuduh.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img