Remaja 19 tahun hilang ketika mendaki Bukit Changkat Asa

SEORANG remaja perempuan berusia 19 tahun dilaporkan hilang dipercayai tersesat ketika melakukan aktiviti pendakian di Bukit Changkat Asa, dekat Tanjung Malim hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata mangsa, Nur Izzati Humaira Azizul dipercayai tersesat ketika menuruni bukit itu bersama lima rakan dan ahli keluarganya.

ANGGOTA bomba dan penyelamat bersama rakan remaja perempuan, Nur Izzati Humaira Azizul, 19, yang hilang ketika mendaki Bukit Changkat Asa di Tanjung Malim petang ini. GAMBAR: JBPM Perak

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.26 petang berhubung kejadian itu sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu serta BBP Tanjung Malim bergegas ke lokasi.

“Ketua operasi telah mengaplikasikan konsep LAST atau Location, Access, Stability, Transfer (Kenal Pasti Lokasi, Akses ke Mangsa, Stabilkan Mangsa dan Pemindahan Mangsa) dengan memulakan pencarian di bukit di mana mangsa dilaporkan kali terakhir dilihat pada radius 234 meter ketinggian Bukit Changkat Asa,” katanya dalam kenyataan malam ini.

PUSAT operasi mencari dan menyelamat seorang remaja perempuan, Nur Izzati Humaira Azizul, 19, yang hilang ketika mendaki Bukit Changkat Asa di Tanjung Malim petang ini. GAMBAR: JBPM Perak

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu yang turut membabitkan pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta Malim Gunung Perhutanan kemudian ditangguhkan pada jam 7 malam ini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img