Remaja lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik

SEORANG remaja lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik ketika memegang sebatang tiang lampu di Taman Pancaran, Bestari Jaya, Shah Alam malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor SUPT Azaharudin Tajuddin pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian menimpa mangsa berusia 15 tahun itu, kira-kira 10.32 malam.

“Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Selangor menerima panggilan, memaklumkan seorang lelaki tidak sedarkan diri dan disyaki meninggal dunia.

“Siasatan mendapati mangsa dikatakan sedang berehat ketika bermain futsal di taman perumahan itu, sebelum memegang tiang lampu yang dipercayai mempunyai arus elektrik hingga menyebabkan dia rebah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan ke atas tubuh mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah selain kes disiasat di bawah laporan mati mengejut (SDR).

“Remaja itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Proses bedah siasat telah dijalankan dan punca kematian adalah konsisten dengan renjatan elektrik,” katanya.

Beliau turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat  berhubung kejadian itu untuk menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor, menerusi talian 03-32891222 atau balai polis berhampiran.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here