Ribuan hadiri solat jenazah Ali Khamenei

SOLAT jenazah untuk bekas Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dilaksanakan pada Ahad, memasuki hari kedua upacara penghormatan besar-besaran yang menarik kehadiran puluhan ribu rakyat di ibu negara Tehran.

Solat jenazah di Kompleks Grand Mosalla itu dipimpin oleh tokoh ulama Syiah terkemuka, Ja’far Sobhani, seorang sarjana berusia 97 tahun yang berpengaruh di kota suci Qom.

Anak kepada Khamenei, Mojtaba Khamenei yang juga dilaporkan mengalami kecederaan dalam serangan sama, tidak kelihatan menghadiri solat jenazah tersebut.

Namun, tiga lagi anak Allahyarham iaitu Masoud, Mostafa dan Meysam hadir memberikan penghormatan terakhir.

Khamenei yang memerintah Iran sejak 1989 dilaporkan terbunuh pada usia 86 tahun dalam serangan udara ketika konflik antara Iran, Amerika Syarikat dan Israel pada 28 Februari lalu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img