Jenazah Ali Khamenei dikebumikan 9 Julai depan

URUSAN pengebumian bekas Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei akan diadakan pada 9 Julai depan, menurut laporan media tempatan pada Sabtu.

Upacara penghormatan ke atas pemimpin tertinggi itu juga akan bermula pada 7 Julai di kota Qom sebelum beliau disemadikan di bandar kelahirannya di Mashhad.

Ali Khamenei gugur syahid pada usia 86 tahun pada hari pertama kempen pencerobohan dilancarkan Amerika Syarikat (AS) bersama Israel ke atas Teheran pada 28 Februari lalu.

Beliau memegang tampuk pemerintahan negara itu selama 36 tahun dan pucuk pimpinan Iran diambil alih oleh anaknya, Mojtaba Khamenei.

Serangan ganas itu turut mengorbankan beberapa ahli keluarganya yang lain.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img