RON95: Penerangan berkesan Kementerian Komunikasi tingkat kefahaman rakyat – PM

PENERANGAN yang jelas dan berkesan mengenai inisiatif  BUDI MADANI RON95  (BUDI 95) itu telah membantu meningkatkan kefahaman rakyat, sekali gus mengurangkan kekeliruan terhadap pelaksanaan inisiatif itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, apabila diberi penerangan lebih jelas, ia tidak menimbulkan banyak masalah.

Sehubungan itu beliau memuji keberkesanan penyampaian Kementerian Komunikasi berhubung pelaksanaan BUDI95 tersebut dan menyifatkannya sebagai antara contoh terbaik komunikasi kerajaan dalam menjelaskan dasar kepada rakyat.

“Sekali lagi saya ucap tahniah kepada rakan-rakan, Fahmi (Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil), KSU (Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah) dan seluruh warga Kementerian Komunikasi kerana kegigihan menyampaikan maklumat dengan baik kepada rakyat,” kata beliau  ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di Putrjaya, hari ini.

Anwar berkata walaupun masih terdapat segelintir pihak yang membangkitkan isu kenaikan harga minyak, pelaksanaan BUDI95 membuktikan bahawa komunikasi yang berkesan mampu meningkatkan penerimaan rakyat terhadap sesuatu dasar kerajaan.

BUDI95 ialah inisiatif Kerajaan MADANI untuk menyalurkan subsidi petrol RON95 kepada rakyat Malaysia pada harga subsidi RM1.99 seliter.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img