Seorang tentera Indonesia maut, markas UNIFIL di Lubnan diserang

SEORANG tentera Indonesia disahkan gugur dalam serangan ke atas markas UNIFIL di selatan Lebanon pada hari Ahad. Sementara itu, seorang lagi tentera dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Akhbar Republika dari Lebanon, jenazah anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang terkorban masih belum dievakuasi dan masih berada di pos UNIFIL di Marjayoun, Lubnan.

Seorang lagi anggota yang cedera dilaporkan dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di St George Hospital Beirut.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada Markas Besar TNI mahupun Kementerian Luar Negeri Republik Indonesia berhubung kejadian tersebut.

Duta Besar Indonesia di Beirut, Dicky Komar, memaklumkan bahawa pihaknya masih meneliti maklumat tersebut bagi mendapatkan pengesahan.

Menurut beliau, Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Beirut setakat ini hanya menerima makluman daripada UNIFIL mengenai berlakunya letupan di pos pasukan pengaman serta laporan adanya anggota yang terkorban.

Pada hari Ahad, pangkalan pasukan pengaman PBB dari Indonesia di selatan Lubnan dilaporkan terkena serangan susulan peningkatan konflik dan serangan oleh Israel

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img