Serangan terbaru AS di Iran bukti Trump tak boleh dipercayai

TENTERA  Amerika Syarikat (AS) sekali lagi melancarkan serangan baharu terhadap Iran dengan menyasarkan sebuah tapak ketenteraan di Bandar Abbas, bandar pelabuhan strategik negara itu.

Komando Pusat AS (CENTCOM) mengesahkan bahawa tenteranya turut menembak jatuh empat dron bunuh diri milik Iran yang dianggap mengancam kawasan sekitar Selat Hormuz.

CENTCOM turut memaklumkan bahawa mereka menyasarkan sebuah stesen kawalan darat milik Iran di Bandar Abbas yang dipercayai sedang bersiap sedia melancarkan dron kelima. Pada masa sama, media tempatan Iran melaporkan bunyi letupan kedengaran di bahagian timur bandar tersebut.

Serangan itu berlaku ketika situasi gencatan senjata antara AS dan Iran masih rapuh, selain rundingan berpanjangan bagi menamatkan perang selama tiga bulan yang telah menjejaskan laluan perkapalan di Selat Hormuz serta menyebabkan harga tenaga global melonjak.

CENTCOM menyifatkan tindakan ketenteraan itu sebagai langkah “terukur, bersifat defensif semata-mata dan bertujuan mengekalkan gencatan senjata”, menurut laporan CNN.

Dalam mesyuarat kabinet pada Rabu, Presiden AS Donald Trump mendakwa Iran kini “berunding dalam keadaan terdesak”. Beliau turut menegaskan bahawa strategi peperangan yang dilaksanakannya tidak akan dipengaruhi oleh pilihan raya pertengahan penggal AS yang dijadual berlangsung November depan.

“Mungkin kita perlu kembali ke sana dan menamatkannya, mungkin juga tidak,” kata Trump.

Tindakan terbaru AS itu menimbulkan persoalan sejauh manakah Iran boleh mempercayai sebarang cadangan gencatan senjata atau menandatangani perjanjian dengan AS.

Ia memandangkan Trump yang merupakan sekutu kuat Israel menggunakan taktik gencatan senjata atau perjanjian untuk ‘memusnahkan’ musuhnya. Oleh itu pemerhati antarabangsa berpendapat Iran perlu berhati-hati.

Mereka tidak harus terperdaya atau diperbodohkan oleh Trump. Apa yang berlaku di Gaza menjadi bukti bahawa gencatan senjata hanya alat untuk Presiden AS membuka laluan kepada Israel menakluk Gaza ‘secara terhormat’. Jangan Iran terima nasib yang sama.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img