Siasatan pemilikan saham Azam Baki selesai, proses seterusnya diurus KSN, kata Fahmi

SIASATAN pemilikan saham terkait Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki sudah selesai dengan keputusan muktamad kini di peringkat tertinggi kerajaan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil berkata perkara itu bukan lagi di peringkat siasatan, justeru langkah seterusnya kini diuruskan secara pentadbiran oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

“Setakat pemahaman saya, jika yang dirujuk ialah siasatan terhadap dakwaan pemilikan saham, perkara itu telah pun selesai,” katany kepada media di Bukit Mertajam hari ini.

Beliau berkata, dapatan jawatankuasa siasatan khas telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri dan tindakan seterusnya akan ditentukan oleh KSN.

“Proses seterusnya kini diuruskan oleh KSN. Keputusan muktamad akan dibuat berdasarkan apa yang telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri,’’ katanya.

Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dilantik mengetuai jawatankuasa khas berkenaan bagi menyiasat dakwaan pemilikan saham tersebut.

Jawatankuasa itu turut dianggotai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Terdahulu, Bloomberg dalam artikelnya melaporkan Azam memegang 17.7 juta saham dalam Velocity Capital Bhd, atau 1.7% berdasarkan penyata tahunan syarikat pada 3 Feb tahun lalu.

Nama Azam dilaporkan masih tersenarai dalam daftar pemegang saham syarikat itu di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Susulan itu, Azam memulakan tindakan undang-undang terhadap Bloomberg, bagi menuntut ganti rugi RM100 juta berhubung laporan agensi berita antarabangsa itu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img