Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak telah mendapat kebenaran untuk menyambung reman terhadap lima orang awam yang berperanan sebagai orang tengah berkaitan sindiket pemalsuan dokumen hak milik kenderaan yang disyaki turut merasuah pegawai-pegawai sebuah agensi penguat kuasa di Perak bagi menukar status hak milik.
Perintah reman selama empat hari sehingga 18 September 2026 terhadap kesemua suspek telah dikeluarkan Majistret A Hafiizh Abu Bakar selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Sivil Ipoh, pagi tadi sebaik tempoh reman asal terhadap lima suspek tersebut tamat hari ini.
Sebelum ini kesemua suspek yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita telah ditahan reman selama enam hari sejak Rabu lalu.
Pengarah SPRM Perak Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.





