SPRM serah notis isyihar harta kepada Azeez Rahim dan keluarga

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerahkan notis kepada bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan  keluarganya supaya mengisytiharkan harta masing-masing dalam tempoh sebulan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman berkata notis berkenaan diserahkan kepada Abdul Azeez serta ahli keluarganya, termasuk anak-anaknya pada minggu ini mengikut peruntukan undang-undang.

“Borang tertentu telah diberikan kepada pihak mereka bagi tujuan pengisytiharan dan pelaporan harta kepada SPRM, dan (kita) memberikan mereka tempoh hingga sebulan untuk melaksanakan perkara itu,” katanya pada sidang media di Kajang hari ini.

Pada 9 September lepas, Abdul Azeez dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM.

SPRM setakat ini telah mendakwa enam individu membabitkan lapan isu berkaitan siasatan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja TH, manakala lima lagi kertas siasatan masih dalam tindakan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here