Suami Halimah Sadique meninggal dunia

SUAMI kepada bekas Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique iaitu Datuk Suffian Othman meninggal dunia hari ini.

Dalam pemakluman, Allahyarham meninggal dunia pada jam 12.01 tengah malam tadi.

Jenazah dibawa ke Masjid Saidina Umar Al Khatab di Bukit Damansara pada jam 11 pagi ini bagi urusan mandi jenazah dan dikafankan.

JENAZAH Allahyarham Datuk Suffian Othman, suami kepada Datuk Halimah Mohamed Sadique disolatkan di Masjid Saidina Umar Al Khatab di Bukit Damansara

Jenazah disolatkan sejurus selesai solat Zuhur sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Antara pemimpin yang mengucapkan takziah atas pemergian Allahyarham adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang memuatkan ucapan itu dalam hantaran Facebook.

Selain itu, Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin turut mengucapkan salam takziah atas pemergian suami Halimah manakala beberapa pemimpin dilihat menyertai solat jenazah, antaranya Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Tan Sri Noh Omar.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img