Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional 2026

SULTAN Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 kepada seluruh pengamal media dan wartawan di negara ini.

Baginda berdua menzahirkan penghargaan atas jasa serta pengorbanan para wartawan yang sentiasa komited dalam menyampaikan maklumat tepat, sahih dan berintegriti kepada masyarakat.

Baginda turut menyanjung tinggi peranan media sebagai medium penting dalam memperkukuhkan perpaduan, menyemarakkan semangat patriotisme serta menjadi jambatan antara kerajaan dan rakyat.

“Dalam pada itu, baginda berdua berharap seluruh pengamal media akan terus mengamalkan kewartawanan beretika, profesional dan bertanggungjawab selaras dengan perkembangan teknologi serta cabaran dunia komunikasi masa kini, ” menerusi hantaran Facebook Kesultanan Pahang, hari ini.

Baginda turut mendoakan semua wartawan dan pengamal media sentiasa dikurniakan kesejahteraan, keselamatan serta terus cemerlang dalam menjalankan amanah kepada agama, bangsa dan negara.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengucapkan terima kasih atas dedikasi, keberanian dan komitmen dalam menyampaikan informasi yang sahih, tepat dan berintegriti kepada masyarakat.

Katanya, peranan media amat penting sebagai jambatan antara rakyat dan kerajaan, di samping menjadi suara yang membawa isu, aspirasi serta denyut nadi rakyat.

“Semoga petugas media terus cekal menjalankan amanah demi memperkukuh perpaduan, memelihara keharmonian dan memacu pembangunan negara.

“Media Berintegriti, Teras Kredibiliti, ” katanya menerusi hantaran di Facebook.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img