Sultan Selangor terima mengadap banduan pertama terima PhD

MASIH ingatkah anda dengan bekas banduan/prospek pertama Malaysia yang memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (PhD) semasa dalam penjara dan diberi pengampunan penuh oleh  Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan Baginda pada tahun 2024?

Semalam banduan itu, Dr. Malik Yatam  menerima perkenan untuk mengadap Sultan Sharafuddin.

Menurut Facebook Selangor Royal Office, pertemuan berlangsung hampir sejam dalam suasana yang hening, sedih dan pilu.

Ini adalah pertemuan pertama seumpamanya antara Sultan Sharafuddin dengan seorang bekas banduan yang mendapat pengampunan daripada baginda.

Selepas 24 tahun menjalani hukuman Tahanan Limpah Sultan (LTS), hukuman yang tidak ada tarikh bebas, tidak dijatuhkan hukuman mati kerana semasa kesalahan dilakukan banduan berkenaan berumur di bawah 18 tahun; Dr. Malik akhirnya dibebaskan pada 11 Disember 2024.

Menjalani hukuman sejak 2001 pada usia 14 tahun, Dr. Malik kini berusia 39 tahun berjaya memperoleh PhD dalam bidang pentadbiran perniagaan, hasil usaha melanjutkan pelajaran semasa menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Pada pertemuan ini, baginda berkenan bertanyakan khabar tentang perkembangan kehidupan beliau selepas keluar dari penjara dan perancangan masa hadapan.

Baginda amat terharu dengan kisah perjalanan hidup Dr. Malik dan baginda merasakan beliau layak untuk diberi peluang kedua.

Baginda telah mempertimbangkan pengampunan ini sebaik mungkin melihat kepada semua faktor yang telah disembah maklumkan semasa Mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 24 November 2024.

Baginda turut menasihatkan Dr. Malik agar terus menjaga nama baik keluarga dan sentiasa bersemangat untuk memperbaiki taraf hidup.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img