Mayat lelaki reput terapung di sungai, disyaki mangsa bunuh

MAYAT seorang lelaki disyaki mangsa bunuh ditemukan di Sungai Jambatan Kampung Lubuk, Changkat Keruing dekat Pantai Remis, Ipoh pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan menemukan mayat seorang lelaki dalam keadaan terapung dan mereput di sungai berkenaan pukul 5.30 petang.

“Mangsa ditemukan dengan hanya memakai kemeja-T. Tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai pada tubuh badan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor Harian Metro.

Beliau berkata, operasi mengangkat mayat itu dilakukan dengan bantuan pihak bomba manakala pegawai forensik Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, mengesahkan punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan pada kepala akibat hentakan objek tumpul.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img