Suri rumah maut selepas Axia dirempuh lori

SEORANG suri rumah maut selepas kereta Perodua Axia dipandunya dirempuh sebuah lori sebelum tercampak ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lagi kereta dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 50, simpang tiga Kampung Batu 29, Setiu, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 petang itu, mangsa, Rusmawati Ismail, 58, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Setiu akibat kecederaan parah pada bahagian dada.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Zahril Asri Mohd. Zain berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah lori, Perodua Axia dipandu mangsa dan sebuah Proton Iswara.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati lori yang dipandu lelaki berusia 52 tahun dari arah Kota Bharu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang Perodua Axia dipandu mangsa.

“Akibat rempuhan itu, kereta mangsa memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah Proton Iswara yang dipandu lelaki berusia 58 tahun dari arah Kuala Terengganu.

“Mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian dada dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Setiu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemandu Proton Iswara mengalami kecederaan pada bahagian pinggul dan menerima rawatan di hospital.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk tindakan lanjut.

Menurut Zahril Asri, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

“Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 10 tahun serta denda antara RM20,000 hingga RM50,000 selain hilang kelayakan memegang lesen memandu selama tempoh tidak kurang lima tahun.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Thaufiq di talian 011-26069043 bagi membantu siasatan,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img