Sze Fei-Nur Izzuddin juara Terbuka Indonesia, senyapkan Istora Senayan

Beregu lelaki negara, Goh Sze FeiNur Izzuddin Rumsani, meneruskan aksi cemerlang mereka di Terbuka Indonesia apabila menewaskan pasangan tuan rumah, Raymond IndraNikolaus Jaoquin, untuk menjulang gelaran berprestij Jelajah Dunia Super 1000.

Pasangan nombor lapan dunia dari Malaysia itu berjaya membungkam sorakan penyokong tuan rumah di Istora Senayanmenerusi aksi final yang mendebarkan apabila bangkit daripada kekalahan set pertama sebelum mencatat kemenangan 13-21, 21-18, 21-10 dalam tempoh 48 minit.

Kemenangan itu cukup istimewa buat pasangan negara tersebut apabila ia merupakan gelaran kedua mereka di Istora Senayan tahun ini, selepas turut menewaskan lawan yang sama pada Januari lalu untuk merangkul kejuaraan Indonesia Masters.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img