Taktik bungkus syabu dalam paket minuman terbongkar, dua PATI dicekup

HELAH sindiket menyeludup syabu terbongkar selepas dua pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia diberkas bersama dadah bernilai RM4.4 juta di pesisir pantai Tanjong Sepat, kelmarin.

Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, kedua-dua suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan menerusi Op Taring Nyah 1 dalam satu serbuan kira-kira jam 11.30 pagi.

Menurutnya, operasi dijalankan di kawasan pesisir pantai berhampiran paip besar di Jalan Ladang Tumbok Belangkan, Tanjong Sepat.

“Hasil operasi itu, dua lelaki warga Indonesia yang disyaki terbabit dalam aktiviti penyeludupan dadah berjaya ditahan.

“Pemeriksaan lanjut menemukan 89 kilogram syabu yang dianggarkan bernilai RM4.4 juta,” katanya pada sidang media Op Taring Nyah 1 Selangor, hari ini.

Beliau berkata, sindiket terbabit dipercayai menggunakan taktik membungkus semula dadah ke dalam paket minuman pracampuran bagi mengaburi pihak berkuasa.

Katanya, setiap paket minuman itu mengandungi kira-kira satu kilogram syabu dan ditemukan kira-kira 100 meter dari Pos PGA Ladang Tumbok.

“Kita percaya suspek sedang dalam proses untuk keluar dari kawasan itu sebelum dibawa ke lokasi lain menggunakan bot atau kenderaan,” katanya.

Menurut Hakemal, kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Imigresen 1959/63.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Briged Tengah PGA melaksanakan 179 serbuan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sepanjang Januari hingga 25 Mei lalu.

“Hasil operasi itu, seramai 611 individu berjaya ditahan dengan pelbagai rampasan membabitkan nilai keseluruhan RM254 juta,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img