SEORANG lelaki warga asing ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam serbuan Op Tapis di Kampung Batu 4, Jalan Apas, Tawau.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek berusia anggaran 34 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Tawau.
“Turut dirampas satu plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat kira-kira 0.14 gram dalam milikan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, suspek bersama barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.
“Hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.


