Tengku Mahkota Kelantan terima menghadap Fahmi Fadzil

TENGKU Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra berkenan menerima menghadap Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil

Majlis berkenaan berlangsung di Istana Kota Lama di Kota Bharu dan bermula pada 5 petang pada Selasa.

GAMBAR: Facebook Fahmi Fadzil

Media Pejabat Sultan Kelantan dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, sesi berkenaan bertujuan menyembah maklum kepada baginda mengenai perkembangan terkini serta laporan berkaitan skop tugas Kementerian Komunikasi.

Antara perkara utama yang dipersembahkan termasuk isu-isu semasa dan gejala akaun palsu yang semakin berleluasa dalam media sosial, khususnya melibatkan penyebaran berita palsu serta kandungan negatif berkaitan institusi diraja.

Dalam majlis yang berlangsung kira-kira sejam itu, Tengku Muhammad Fakhry turut berkenan menerima cenderamata kenang-kenangan daripada Fahmi.

Turut hadir pada majlis berkenaan Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Komunikasi, Mohamad Asif Afifi Mohd Yusof, Pegawai Pengiring kepada Menteri Komunikasi, Tuan Ahmad Afifi Hamdan Tuan Aziz serta petugas Pejabat Menteri Komunikasi.

Majlis itu turut dihadiri oleh pegawai kanan dari Pejabat Sultan Kelantan, dan diakhiri dengan sesi ramah mesra serta sesi bergambar bersama para dif jemputan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img