Lelaki jatuh ketika menjaring ikan ditemukan lemas di Sungai Kobat

LELAKI yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai ketika menjaring ikan bersama rakannya di Sungai Kobat, Taman Impian dekat Kuantan, kelmarin ditemukan lemas awal pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Firdaus Zuharsema, 26, ditemukan anggota penyelamat kira-kira jam 2.30 pagi selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari kedua.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mayat mangsa ditemukan kira-kira 300 meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh.

Menurutnya, operasi pencarian dijalankan di permukaan air bermula dari lokasi kejadian sehingga radius 300 meter dengan bantuan pelbagai agensi.

“Operasi SAR turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta orang awam.

“Pasukan bomba turut mendapatkan bantuan Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan khidmat anjing pengesan (K9) bagi mempercepat usaha mengesan mangsa,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi kelmarin, mangsa dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki bersama rakannya dipercayai melanggar tunggul kayu ketika menjalankan aktiviti menjaring ikan.

Rakannya bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img