‘’Terima kasih atas kasih sayang…’’ – ucapan Anwar kepada Wan Azizah sempena ulang tahun perkahwinan ke-46

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan ucapan penuh kasih dan penghargaan sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke‑46 bersama Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam ucapan yang dikongsikan di akaun Facebook beliau berkata:

‘’Selamat ulang tahun perkahwinan ke-46 buat Azizah, cinta hati yang setia mendampingi dalam setiap suka dan duka.

‘’Terima kasih atas kasih sayang, pengorbanan dan doa yang tidak pernah putus. Semoga Allah SWT terus memelihara dan memberkati perjalanan hidup kita.’’

Anwar dan Wan Azizah diijabkabulkan pada 26 Februari 1980 dan dikurniakan enam cahaya mata iaitu Nurul Izzah, Nurul Nuha, Ehsan, Nurul Iman, Nurul Ilham, dan Nurul Hana.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img