Tiada agenda bincang rombakan Kabinet dalam Mesyuarat Kabinet Khas esok

DATUK Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada agenda untuk membincangkan rombakan Kabinet dalam Mesyuarat Kabinet Khas esok.

Perdana Menteri mengesahkan demikian seperti dilaporkan Bernama, sebentar tadi.

Semalam, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu menyatakan satu taklimat khas Kabinet mungkin diadakan esok bagi membincangkan hal berkaitan rombakan Kabinet.

Spekulasi mengenai rombakan Kabinet dalam masa terdekat muncul berikutan beberapa kekosongan jawatan menteri yang masih belum diisi setakat ini.

Lebih kuat lagi keputusan peletakan jawatan Datuk Ewon Benedick sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Turut dijangka kosong pada awal bulan depan, jawatan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri selepas penyandangnya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan menamatkan tempoh dua penggal tetapnya sebagai Ahli Dewan Negara.

Ketika ini, jawatan Menteri Ekonomi dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang masih kosong dipangku, masing-masing oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan serta Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img