Tiga maut disambar petir di Bandar Baru Salak Tinggi

TIGA lelaki tempatan maut dipercayai akibat disambar petir di Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang petang ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas ketiga-tiga mangsa selesai membaiki sebuah kenderaan sebelum berteduh di bawah pokok.

“Ketiga-tiga mangsa masing-masing berusia 26, 18 dan 16 tahun. Mayat dibawa ke Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang untuk tindakan lanjut,” katanya, lapor Sinar Harian.

Norhizam berkata, maklumat lanjut berkaitan insiden itu akan dimaklumkan kemudian.

Terdahulu, kejadian itu tular dalam media sosial menerusi beberapa rakaman video yang memaparkan tiga jasad ditutupi kain batik dan terbaring di bawah sebatang pokok.

BERITA LANJUT MENYUSUL

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here