Kanak-kanak hilang ketika beriadah bersama keluarga di Sungai Jahang

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang ketika beriadah bersama keluarganya di Dataran Sungai Jahang, Kampung Jahang di Gopeng masih diteruskan petang ini.

Mangsa berusia dua tahun itu dilaporkan hilang hari ini sebelum panggilan kecemasan diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng pada jam 12.06 tengah hari.

LOKASI kejadian seorang kanak-kanak dua tahun hilang ketika beriadah bersama keluarga di Sungai Jahang di Gopeng petang ini. GAMBAR: JBPM Perak

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi SAR digerakkan dengan bantuan pelbagai agensi serta penduduk kampung.

Menurutnya, sebuah syarikat pelancongan berhampiran turut menyumbang lapan bot rafting bagi membantu pasukan penyelamat mengesan mangsa.

“Pasukan pencarian awal melakukan pencarian sejauh empat kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

“Sehingga perkembangan terakhir jam 3.45 petang, mangsa masih belum ditemukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, radius pencarian akan diperluaskan pada petang ini, manakala Pusat Kawalan Bomba (PKB) turut dibuka di lokasi kejadian bagi menyelaras operasi.

Katanya, anggota BBP Kampar juga membantu dengan melakukan pemantauan di kawasan hilir sungai berhampiran daerah Kampar.

Operasi berkenaan membabitkan tujuh anggota BBP Gopeng bersama 29 anggota polis dan orang awam.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here