Tiga maut lori bawa bekalan ayam rempuh treler di Tanah Merah

TIGA  maut selepas lori lima tan yang membawa bekalan ayam dinaiki mereka merempuh sebuah treler yang diparkir di tepi jalan di Lebuhraya Timur-Barat, Tanah Merah, awal pagi ini.

Mangsa yang maut ialah pemandu lori Norazeman Abdul Aziz, 42 serta dua kelindan Mohd Haikal Hanifah, 29, dan Mohammad Zakwan Mohd Nor, 16.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian NG999 pada 4.26 pagi sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kemahang dan BBP Tanah Merah ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada 4.41 pagi dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori lima tan yang membawa bekalan ayam melanggar sebuah treler yang diparkir di tepi jalan.

“Ketiga-tiga mangsa didapati tersepit di dalam lori. Anggota bomba bertindak mengeluarkan semua mangsa sebelum mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan,” katanya.

Menurutnya, mayat ketiga-tiga mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi membabitkan 12 anggota bomba dengan dua jentera dari BBP Kemahang dan BBP Tanah Merah,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img