SALAH satu komitmen utama Pakatan Harapan (PH) melalui manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini ialah menegaskan pembangunan hanya benar-benar bermakna apabila tiada Anak Negeri Sembilan yang tercicir.
Oleh itu melalui pengukuhan Skim Sejahtera Rakyat (SSR) dengan penambahbaikan kadar bantuan tunai secara one-off, PH komited menyantuni Anak Negeri Sembilan di setiap fasa kehidupan, daripada kelahiran hingga ke usia emas.
Berikut kadar bantuan tunai secara one-off tersebut

Selain dalam manifesto yang diluncurkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun malam ini, PH juga berjanji Ekonomi Berdaya Saing & 30,000 Peluang Pekerjaan Bergaji Tinggi
Menurut manifesto tersebut masa depan anak-anak Negeri Sembilan mesti dibina dengan asas pekerjaan yang lebib baik, gaji yang lebih bermaruah, dan ekonomi yang lebih kukuh. Melalui Malaysia Vision Valley 2.0.
‘’Pakatan Harapan akan membuka lebih banyak ruang pelaburan, membangunkan industri berteknologi tinggi, dan mewujudkan 30,000 peluang pekerjaan berkualiti supaya rakyat tidak perlu lagi berhijrah jauh untuk mencari rezeki,’’ menurut manifesto berkenaan yang mengandungi 10 komitmen utama.






