‘’TNB dah selesai…ada berita baik’’ – kata Anwar selepas mesyuarat isu bil elektrik

‘’TNB dah selesai, akan keluarkan kenyataan segera…okay”..It’s a good new’’ Itulah komen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas selesai mesyuarat khas berkaitan isu bil elektrik di Kementerian Kewangan, Putrajaya hari ini.

Beliau berkata, Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Semalam Perdana Menteri berkata, satu mesyuarat khas akan diadakan hari ini bersama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Suruhanjaya Tenaga (ST), TNB dan Kementerian Kewangan (MoF) bagi meneliti langkah mitigasi segera untuk mengurangkan kesan kenaikan bil elektrik terhadap isi rumah yang terlibat.

“Saya mendengar keluhan yang disuarakan dan perkara ini perlu diberi perhatian serta ditangani segera. Saya ingin menegaskan bahawa ikhtiar penyasaran subsidi terus dipertahankan bagi melindungi majoriti rakyat,” kata Perdana Menteri dalam kenyataan



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here