Video gangguan wanita tular, polis kesan mangsa tampil buat laporan

VIDEO berdurasi satu minit 55 saat memaparkan seorang lelaki dipercayai mengganggu dua wanita di Taman Klebang Utama, Melaka, tular sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya mengesan rakaman berkenaan yang dimuat naik di platform Threads.

Menurutnya, setakat ini polis belum menerima sebarang laporan rasmi berkaitan kejadian walaupun video itu meraih perhatian ramai dengan kira-kira 1,300 tanda suka, 123 komen serta 358 perkongsian.

“Sehubungan itu, pemilik akaun serta mangsa diminta tampil segera membuat laporan polis supaya siasatan lanjut dapat dijalankan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu juga diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh pemilik akaun “bossmario_yg_”, kejadian dipercayai berlaku pada 12 April lalu.

Pemilik akaun itu mendakwa dua kakitangannya diganggu individu tidak dikenali yang cuba memaksa melakukan perbuatan tidak bermoral selain bertindak menarik tangan mangsa.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img