Wanita ditahan miliki lima laras senjata api

SEORANG wanita ditahan kerana memiliki lima laras senjata api dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Miak, Kuala Krai petang tadi.

Serbuan jam 6.45 petang itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi Ops Bersepadu Khazanah.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan dibuat selepas pihaknya mendapat maklumat berkaitan aktiviti menyimpan bahagian terbitan hidupan liar yang dilindungi.

Beliau berkata, serbuan itu turut disertai anggota dan pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta Jabatan Perhutanan.

Katanya, dalam pemeriksaan itu, selepas memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa, pasukan serbuan menemukan lima laras senjata api pelbagai jenis dalam rumah berkenaan.

“Susulan itu kita menahan seorang wanita untuk siasatan lanjut dan kes ini disiasat mengikut Akta Senjata Api.

“Siasatan lanjut dan terperinci masih dijalankan berhubung kejadian berkenaan dan barang kes serta suspek dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi media malam ini.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img