SEORANG wanita dilaporkan hilang selepas tidak dapat dihubungi keluarganya sejak berangkat ke Taiwan pada awal Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Barry William berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan Azrimah Raimin di Balai Polis Batu Kawa pada jam 7.33 malam, 9 September lalu.
Menurutnya, wanita berusia 41 tahun itu kali terakhir dapat dihubungi pada 1 September lalu.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Azrimah supaya menghubungi Timbalan Ketua Polis Balai Batu Kawa, Sarjan Mejar Joelesley Enggat di talian 011-15356535 atau Balai Polis Batu Kawa di talian 082-463411.
Maklumat juga boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan di talian 082-862233 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan dan usaha mengesan wanita terbabit.





