Wanita maut dihempap pokok kelapa sawit

SEORANG wanita maut selepas dihempap pokok kelapa sawit yang tumbang dalam kejadian di Ladang Kekayaan, Paloh, petang tadi.

Mangsa, Syafiyah Abd Rasid, 37, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dipercayai dihempap pokok berkenaan dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Yusma Yuzaini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4.01 petang.

Katanya, lapan anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS) bergegas  ke lokasi.

“Operasi menyelamat dijalankan menggunakan jentera jengkaut bersama peralatan khas bagi mengangkat pokok yang menghempap mangsa.

”Mangsa berjaya dikeluarkan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img