Warga asing maut terkena renjatan elektrik ketika pasang tiang lampu

SEORANG lelaki warga asing maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika menjalankan kerja pemasangan tiang lampu di Kampung Malinja A&B, dekat Nabawan, hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 29 tahun dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja pemasangan tiang lampu di tepi jalan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nabawan, Azran Jull berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.49 pagi.

Menurutnya, seramai enam anggota bersama sebuah jentera dari BBP Nabawan dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira empat kilometer dari balai sebelum tiba tujuh minit kemudian.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati seorang lelaki dipercayai terkena renjatan elektrik ketika menjalankan kerja pemasangan tiang lampu.

“Pasukan bomba kemudian mengeluarkan mangsa dari kawasan berbahaya sebelum dia disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, operasi yang turut disertai KKM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditamatkan pada jam 12.15 tengah hari selepas keadaan di lokasi dipastikan selamat.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img