Calon SPM maut dalam perjalanan ke sekolah

SEORANG calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut dalam perjalanan ke sekolah selepas terlibat kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 6, Jalan Kulai – Kota Tinggi, pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Muhamad Ariq Azlan merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahmad Putra.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, maklumat mengenai nahas membabitkan dua buah motosikal, kereta dan lori itu diterima pada kira-kira jam 7.15 pagi.

“Siasatan awal mendapati motosikal Yamaha Y15ZR yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang sebuah motosikal Yamaha 135LC ditunggang seorang lelaki berusia 54 tahun.

“Perlanggaran itu menyebabkan kedua-dua motosikal terbabas dan bergesel dengan sebuah kereta Perodua Axia dipandu seorang wanita berusia 20 tahun.

“Kedua-dua motosikal kemudian terbabas ke lorong bertentangan dan dilanggar sebuah lori Hicom dipandu lelaki berusia 59 tahun yang tidak sempat mengelak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pelajar berkenaan mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penunggang motosikal berusia 54 tahun cedera parah di kepala dan dihantar ke Hospital Kulai.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img