Seleweng peruntukan dewan RM2 juta: SPRM tahan Presiden NGO

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Presiden sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri Sabah bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dengan menyeleweng peruntukan pembinaan dewan berjumlah kira-kira RM2 juta.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira jam 10 pagi ini, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2022 dengan menyeleweng peruntukan yang diperoleh dari Kementerian Kewangan untuk pembinaan sebuah dewan kebudayaan dan galeri di negeri ini.

Kata sumber itu, suspek dipercayai mengemukakan permohonan dan melaksanakan sendiri pembinaan dewan itu tanpa persetujuan Ahli Majlis Tertinggi pertubuhan tersebut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan penahanan suspek dan berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

“Suspek akan didakwa Khamis ini di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img