Warga emas selamat, rumah hampir musnah terbakar

SEORANG warga emas berusia 65 tahun terselamat selepas rumah didiaminya seorang diri di Kampung Baru Cendering, Kuantan, terbakar malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, lelaki berkenaan sempat menyelamatkan diri sebelum rumah terbabit musnah kira-kira 90 peratus akibat kebakaran.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 9.49 malam.

“Ketika tiba di tempat kejadian, kami dimaklumkan seorang lelaki dipercayai terperangkap dalam rumah.

“Bomba mengambil masa hampir 30 minit untuk mengawal api daripada merebak dan kebakaran dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh sejam.

“Ketika kebakaran hampir dipadamkan, kami dimaklumkan warga emas menghuni kediaman itu ditemui di luar rumah dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here