Wartawan main peranan penting perkukuh demokrasi, salur maklumat sahih – Fadillah

PENYEBARAN maklumat palsu, fitnah dan budaya sensasi menjadi cabaran utama dalam era digital hari ini sekali gus menuntut warga media terus berpegang teguh kepada prinsip kewartawanan yang berasaskan fakta, integriti dan kebertanggungjawaban.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, peranan media ketika ini amat penting dalam memastikan rakyat memperoleh maklumat yang tepat, sahih dan seimbang terutama dalam landskap komunikasi yang semakin pantas berubah.

GAMBAR: Facebook Fadillah Yusof

Dedikasi wartawan yang sentiasa berada di lapangan termasuk ketika menghadapi bencana, krisis dan pelbagai cabaran lain amat dihargai kerana mereka memainkan tanggungjawab besar kepada masyarakat.

“Saya amat menghargai pengorbanan wartawan yang sentiasa berada di lapangan demi memastikan rakyat memperoleh maklumat yang sahih dan seimbang,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 di laman Facebook hari ini.

Fadillah berkata, kerajaan sentiasa mengiktiraf peranan penting institusi media dalam proses pembangunan negara dan menganggap media sebagai rakan strategik dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat.

Menurutnya, sinergi erat antara kerajaan dan pengamal media mampu membantu menyampaikan dasar, inisiatif serta agenda pembangunan negara secara lebih berkesan kepada rakyat di semua peringkat.

“Media yang bebas, bertanggungjawab dan beretika adalah elemen penting dalam memastikan kestabilan, keharmonian serta kemajuan negara terus dipelihara.

“Dalam landskap media yang semakin mencabar dan pantas berubah, peranan wartawan bukan sekadar menyampaikan berita, malah menjadi jambatan penting antara rakyat dan kerajaan,” katanya.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh wartawan, pengamal media serta petugas industri penyiaran yang terus komited melaksanakan tugas dengan penuh integriti.

Menurutnya lagi, dedikasi warga media amat besar maknanya dalam memperkukuh demokrasi serta membina masyarakat yang berilmu dan berinformasi.

Beliau turut mengharapkan industri media negara terus berkembang selari dengan kemajuan teknologi tanpa mengabaikan nilai etika, profesionalisme dan kemanusiaan dalam setiap laporan yang disampaikan kepada masyarakat.

“Selamat Menyambut Hari Wartawan Nasional 2026 kepada semua pengamal media di seluruh negara. Teruslah cekal, berintegriti dan berdedikasi dalam melaksanakan amanah demi agama, bangsa dan negara. ‘Media Berintegriti, Teras Kredibiliti’,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img