⁠Penggunaan teknologi kuasa luar dedahkan data berlebihan

PENGGUNAAN  teknologi dari negara atau kuasa luar meletakkan kita dalam risiko pendedahan data berlebihan, Penyelidik Utama, Pusat Penyelidikan Keselamatan Siber dan Rangkaian, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya Ts.Dr. Muhammad Faiz Mohd Zaki.

Katanya, data-data yang dikongsikan melalui aplikasi seperti Waze disimpan di pelayan/server luar dan pihak penyedia perkhidmatan mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap data.

‘’ Jadi bagi individu-individu berkepentingan tinggi, data-data ini boleh dedahkan maklumat yang mungkin sensitif kepada pihak luar,’’ katanya kepada utusanmelayuplus.

Ts.Dr. Muhammad Faiz Mohd Zaki.

Semalam Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menerusi surat bertarikh 20 Oktpber memaklumkan anggota perkhidmatan awam dilarang menggunakan Waze berkuat kuasa serta-merta susulan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara Bilangan 3 Tahun 2026 yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimnapun sekatan itu hanya ketika menjalankan tugas rasmi sahaja.

Dr.Muhammad Faiz  berkata,  ⁠larangan Waze sahaja tidak mencukupi namun ia berikan satu isyarat jelas tentang pendirian Malaysia terhadap Israel khususnya.

‘’Bagaimanaoun terdapat banyak lagi perisian yang kongsikan data peribadi yang boleh beri risiko keselamatan kepada individu atau negara. Contohnya penjawat awam yang berkongsi secara berlebihan di laman tiktok,’’ katanya.

Beliau berkata, tidak banyak yang boleh dilakukan jika kita masih bergantung kepada penyedia perkhidmatan atau kuasa luar.

‘’Aplikasi TUJU adalah satu permulaan yang baik cuma perlukan masa dan usaha utk dapatkan kepercayaan rakyat. Bagi aplikasi seperti TUJU untuk mencapai tahap kematangan seperti Waze yang telah lama di pasaran mungkin sedikit mencabar.

‘’ Jadi, pihak kerajaan perlu beri sokongan sepenuhnya kepada pembangun tempatan,’’ katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here