10 aktivis Malaysia termasuk Zainal Rashid, Dr. Jihan selamat tiba di Istanbul

DELEGASI aktivis Global Sumud Flotilla dari Malaysia termasuk Zainal Rashid Ahmad (ZRA), Dr Jihan dan Musa al-Nuwayri dilaporkan selamat mendarat di Lapangan Terbang Istanbul bersama kumpulan aktivis GSF 2.0 lain pada awal pagi tadi.

Semalam Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC) Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata,mereka  yang ditahan di perairan antarabangsa berdekatan Kepulauan Crete, Greece pada Khamis telah dibebaskan di Pelabuhan Lerapetra, Crete.

Katanyua. mereka antara 175 aktivis kemanusiaan GSF yang dibawa ke Lapangan Terbang Heraklion dengan bas disediakan pihak Greece.

Beliau berkata SNCC dimaklumkan bahawa Kerajaan Turkiye telah menyediakan sebuah pesawat berkapasiti 160 penumpang bagi membawa pulang 20 aktivis kemanusiaan warganegara itu, selain menawarkan tempat kepada mana-mana aktivis GSF untuk turut menaiki penerbangan berkenaan.

“Pelepasan penerbangan tersebut dari Lapangan Terbang Heraklion dijangka pada 10.15 malam waktu Malaysia dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul pada 11.45 malam waktu Malaysia,” katanya pada sidang media di Bangi, semalam.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img