Polis kesan lelaki pukul penunggang motosikal di Johor Bharu

POLIS  sedang mengesan seorang lelaki dipercayai memukul penunggang motosikal menggunakan sebatang kayu, dalam satu kejadian di Johor Bharu baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mengesan video berdurasi kira-kira 30 saat itu dimuat naik di platform Threads.

Katanya, video berkenaan memaparkan seorang lelaki yang memandu sebuah kereta dipercayai Perodua Myvi bertindak agresif dengan melakukan provokasi sebelum memukul seorang penunggang motosikal di tengah jalan.

“Kejadian dipercayai berlaku di kawasan sebuah stesen minyak di Jalan Bukit Chagar, Bukit Senyum. Setakat ini, tiada sebarang laporan polis diterima daripada mana-mana pihak yang terbabit dalam kejadian berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pihak polis sedang giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti kedua-dua individu terbabit termasuk motif sebenar kejadian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img