12 orang dikhuatiri maut, pesawat terhempas di Kenya

SERAMAI 12 orang dikhuatiri terbunuh apabila pesawat yang naiki terhempas dan terbakar di kawasan Vyungwani, Matuga, Kenya , sejurus berlepas hari ini.

Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Kenya (KCAA), pesawat berkenaan berlepas dari Diani dan menuju ke Kichwa Tembo di Maasai Mara sebelum terhempas sekitar pukul  8.30 pagi waktu tempatan.

“Agensi kerajaan kini berada di lokasi untuk mengenal pasti punca kemalangan serta menilai kesannya,” kata Ketua Pengarah KCAA, Emile Arao, dalam satu kenyataan.

Punca kemalangan masih belum diketahui. Penduduk tempatan berkata mereka terdengar bunyi letupan kuat awal pagi tadi dan apabila tiba di tempat kejadian, pesawat itu sudah terbakar.

Kawasan berkenaan dilaporkan mengalami hujan lebat pada malam Isnin dan awal pagi Selasa, manakala kawasan berbukit itu juga diselubungi kabut tebal.

“Saya terdengar dentuman kuat pada awal pagi. Apabila saya bergegas ke lokasi, pesawat itu sudah terbakar dan tiada sesiapa yang dapat diselamatkan,” kata Makopa Sazu, penduduk Vyungwani.

Insiden ini sekali lagi menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penerbangan di Kenya, khususnya melibatkan pesawat ringan.

Pada Ogos lalu, sebuah pesawat milik Amref Flying Doctors terhempas di kawasan Mwihoko selepas berlepas dari Lapangan Terbang Wilson, mengorbankan semua enam orang di dalamnya.

Manakala pada Januari, sebuah pesawat ringan turut terbakar selepas membuat pendaratan cemas di Malindi, Kilifi County, menyebabkan tiga orang di darat maut, sementara juruterbang dan dua pelajar di dalam pesawat terselamat dengan kecederaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img