19 terbunuh, kilang proses bahan letupan, peluru meletup di Tennessee

Sekurang-kurangnya 19 orang disahkan maut atau masih hilang selepas satu letupan kuat memusnahkan sebuah bangunan di kilang bahan letupan milik syarikat Accurate Energetic Systems di  Tennessee, Amerika Syarikat, tengah malam tadi.

Letupan itu berlaku di kawasan luar bandar berhampiran McEwen, barat daya Nashville. Ia begitu kuat sehingga gegarannya dirasai beberapa batu dari lokasi kejadian, dan serpihan bangunan bertaburan di kawasan sekeliling.

Pegawai tempatan melaporkan bahawa bangunan tersebut musnah sepenuhnya dan sekurang-kurangnya 19 orang masih hilang dan dipercayai telah terkorban.

”Beberapa orang cedera dan telah dibawa ke hospital berhampiran manakala  operasi mencari dan menyelamat tergendala disebabkan risiko letupan susulan,” kata pegawai tersebut.

Pihak penyiasat dari agensi persekutuan seperti ATF dan FBI kini sedang menyiasat punca kejadian. Kilang tersebut, yang terletak di kawasan seluas 1,300 ekar, menghasilkan bahan letupan dan amunisi untuk kegunaan ketenteraan, aeroangkasa, dan sektor perobohan komersial.

Syarikat ini juga pernah mengalami insiden letupan pada tahun 2014 yang menyebabkan satu kematian dan beberapa kecederaan.

Laman web syarikat itu menyatakan bahawa ia memproses bahan letupan dan amunisi untuk kegunaan ketenteraan, aeroangkasa, dan industri perobohan komersial.

Fasiliti miliknya mempunyai kira-kira lapan bangunan, terletak di kawasan berbukit yang dikelilingi hutan berhampiran bandar kecil Bucksnort, kira-kira 60 batu (97 kilometer) barat daya Nashville.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img