3 kenderaan terbakar selepas terlibat kemalangan, semua mangsa selamat

TIGA buah kenderaan terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di terowong bawah jalan Udini di Jalan Masjid Negeri, Georgetown hari ini.

Kemalangan itu membabitkan sebuah lori membawa muatan tiang konkrit dengan sebuah van pekerja dan kereta. Bagaimanapun dalam kejadian itu, kesemua pemandu dan penumpang dilaporkan selamat.

TANGKAP layar rakaman CCTV kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan yang terbakar di jalan Udini, Jalan Masjid Negeri, Georgetown pagi ini. GAMBAR: Facebook MBPP

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 7.04 pagi.

Beliau berkata, operasi penyelamatan membabitkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dengan kekuatan lapan orang anggota.

“Kebakaran membabitkan tiga kenderaan yang berlaku di terowong bawah jalan Udini, susulan kemalangan itu, yang dapat dikawal pada jam 7.33 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, kerja pemadaman api masih dilakukan dan maklumat akan dikemaskini daripada semasa ke semasa.

Sementara itu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menerusi hantaran info trafik di Facebook berkata, anggota warden trafik sudah dihantar ke lokasi bagi melaksana kawalan dan melancar aliran lalu lintas di kawasan berkenaan.

“Orang awam dinasihati supaya menggunakan laluan alternatif serta mengelak daripada melalui kawasan itu sehingga keadaan kembali selamat dan terkawal,” menurut hantaran itu.

Sementara itu berdasarkan video yang tular, kemalangan itu turut membabitkan tiga lagi kenderaan namun ia berjaya dialihkan semasa api marak.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img