3 penjenayah pecah masuk kedai telefon bimbit, pemilik kerugian RM20,000

TIGA penjenayah bertopeng memecah masuk sebuah kedai menjual telefon bimbit di Zon Perindustrian Cendana di Sungai Petani, awal pagi ini dan melarikan pelbagai jenis telefon bimbit berjenama.

Kejadian itu disedari pemilik premis pada jam 4 pagi ini yang turut mendakwa pengawal keselamatan yang menjaga premis itu turut diugut dengan parang.

Berdasarkan maklumat pemilik premis itu yang tular dalam media sosial hari ini, dia mendakwa telah menggunakan khidmat pengawal keselamatan untuk menjaga premis itu sejak 2020.

KAUNTER kedai menjual telefon bimbit yang dipecahkan tiga penjenayah bertopeng di Zon Perindustrian Cendana di Sungai Petani, awal pagi ini. GAMBAR: Facebook mangsa

Dakwanya, penjenayah terbabit dipercayai memecahkan pintu premis itu sebelum melarikan pelbagai jenis telefon bimbit berjenama mahal.

“Selain itu, telefon bimbit pengawal keselamatan itu turut dilarikan namun tiada wang yang sempat dibawa lari dan hanya bersepah di lantai, ” kata pemilik premis itu menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Pemilik premis itu mendakwa, pihaknya membuat laporan polis untuk memaklumkan kejadian itu dan menyerahkan segala siasatan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, kejadian itu membabitkan tiga suspek lelaki bertopeng dan kerugian dialami mangsa dianggarkan berjumlah RM20,000.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kes ini, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img