5 termasuk bekas pengerusi, CEO TH ditahan bantu siasatan isu AMLA, hibah

POLIS menahan lima individu termasuk bekas Pengerusi dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (TH) semalam bagi membantu siasatan kes melibatkan institusi berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, daripada jumlah itu tiga individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung isu pembayaran hibah TH pada 2017.

“Dua lagi individu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Rusdi, tangkapan terbabit yang turut melibatkan bekas ketua pegawai kewangan TH dan petugas yang masih berkhidmat dengan institusi itu, terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 48 hingga 70 tahun.

Beliau berkata, tiga individu yang disiasat berhubung isu hibah dibenarkan reman selama dua hari hingga esok, manakala dua lagi yang terlibat dalam siasatan di bawah AMLA direman selama tiga hari hingga 11 September, dan siasatan masih diteruskan.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, PDRM mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung siasatan yang sedang dijalankan.

“Sebarang kenyataan atau penyebaran maklumat yang tidak berasaskan fakta bukan sahaja boleh mengelirukan masyarakat, malah berpotensi menjejaskan proses siasatan.

“Sehubungan dengan itu, orang ramai diseru agar mendapatkan maklumat hanya daripada saluran rasmi,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here