PRK: Parlimen Kinabatangan pertarungan 3 penjuru, DUN Lamag pertembungan satu lawan satu

PILIHAN Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Kinabatangan menyaksikan persaingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Warisan dan Bebas, manakala pertandingan satu lawan satu berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag antara calon BN dan Warisan.

Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Eddy Syaizul Rizam Abdullah, di Dewan Sri Lamag, di Kinabatangan hari ini.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima kertas penamaan daripada tiga orang calon bagi kerusi Parlimen dan dua calon bagi kerusi DUN bagi bahagian pilihan raya P187 Kinabatangan dan N58 Lamag.

“Saya telah menyemak kertas-kertas penamaan dan setelah selesai semakan, saya berpuas hati memutuskan tiada kertas penamaan yang ditolak,” katanya.

PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Naim Kurniawan Moktar mewakili BN, Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas), manakala di DUN Lamag, pertandingan satu lawan satu berlaku antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Perikatan Nasional (PN) memutuskan tidak bertanding.

Kedua-dua itu kerusi berikutan penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia pada 5 Disember lalu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kurang seminggu selepas memenangi penggal kedua sebagai ADUN Lamag pada PRN Sabah, pada 29 Nov.

Ketua UMNO Sabah itu mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti tipis hanya 153 undi.

Allahyarham berusia 66 tahun juga Ahli Parlimen Kinabatangan enam penggal. Pada PRU 2022, beliau mengekalkan kerusi berkenaan dengan majoriti kukuh, 4,330 undi.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img