Anwar  puji agensi penguat kuasa bertindak ke atas individu berprofail tinggi

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata prestasi agensi penguat kuasa sepanjang dua tahun lalu amat membanggakan, khususnya dari segi tindakan terhadap individu berprofil tinggi.

Beliau berkata agensi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia telah menunjukkan komitmen tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

“Saya fikir jika dibandingkan dengan dua tahun lalu, prestasi penguatkuasaan kini adalah agak membanggakan.

“Saya tidak mengatakan berpuas hati sepenuhnya, namun kita telah mengambil tindakan terhadap tokoh-tokoh besar, termasuk bekas Perdana Menteri dan bekas Menteri,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis pengenalan pasangan panda gergasi baharu di Pusat Konservasi Giant Panda, Zoo Negara di Kuala Lumpur  hari ini lapor Bernama.

Beliau turut menegaskan kerajaan memantau secara rapi anggota Jemaah Menteri dan penjawat awam bagi memastikan akauntabiliti serta integriti dalam pentadbiran negara.

Bagaimanapun, Perdana Menteri menegaskan isu rasuah di Malaysia bukan sekadar bersifat endemik, sebaliknya bersifat sistemik dan memerlukan usaha berterusan serta menyeluruh untuk ditangani.

Sehubungan itu, Anwar menegaskan komitmen kerajaan untuk terus memperkukuh langkah membanteras rasuah.

“Saya telah menyatakan dengan jelas bahawa usaha ini akan diteruskan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img